Tuesday, February 8, 2011


Pada 5hb Februari 2011, Satu perjumpaan murid-murid lepasan sekolah SIS, SKC dan SMC telah diadakan di perkarangan masjid Geliga Kemaman Terengganu. Majlis telah bermula pada pukul 0930 pagi dan berakhir pada 1530 petang.







Ramai sahabat-sahabat telah hadir untuk menjayakan majlis permulaan ini. Tujuan utama diadakan perjumpaan ini adalah untuk memilih Pengerusi Tetap, naib Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan juga AJK-AJK yang akan memandu persatuan ini ke arah wawasan yang telah ditetapkan oleh Persatuan.




Majlis dimulakan dengan Tahlil Arwah untuk sahabat-sahabat yang telah meninggal Dunia dan selepas itu pemilihan AJK telah diadakan dengan undian daripada sahabat-sahabat yang telah hadir.
Majlis bersurai lebih kurang pukul 1530 petang selepas makan dan housekeeping di perkarangan masjid tersebut.

Ditulis oleh Sham Vtec

No comments:

Post a Comment